09 August 2022

"INILAH SAYA... BAIK BURUK SAYA YANG TANGGUNG" - ELYANA AKUI BUKA HIJAB



"Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda.


"Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya, Alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya," jelas penyanyi Elyana yang akui kini tidak lagi berhijab.

Selepas memuat naik gambarnya tidak berhijab tempoh hari, Elyana telah membuatkan ramai pihak tertanya-tanya dan ada juga yang mengkritik tindakan penyanyi itu.

Elyana berkata, dia sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Enggan peduli dengan kecaman dilemparkan netizen, Elyana memberitahu tiada keperluan untuknya menjelaskan mengenai tindakannya itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

"Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami," katanya.

Dalam pada itu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata dia sudah penat untuk menjaga hati orang lain dan kini dia hanya mahu fokus pada jiwanya sendiri.

"Dalam hidup saya tidak pernah rasa penyesalan. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya. Sebelum ini saya hanya mementingkan jiwa dan hati orang sehinggakan saya terlupa tentang diri saya. Jadi, sekarang ini saya akan buat apa yang saya terfikir nak buat," ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Elyana berkata, dia masih menjalani rawatan kemoterapi: "Rawatan kemoterapi masih belum selesai. Apabila sudah selesai barulah saya fikir rawatan lain," katanya yang juga pernah ke Indonesia untuk menerima rawatan," kongsinya.

Terdahulu, wanita kelahiran Shah Alam, Selangor telah mengumumkan dirinya bebas kanser limforma pada penghujung, tahun lalu selepas 12 tahun menanggung derita. Pengumumamn itu menjadi bualan hangat dalam media sosial.

Elyana kali pertama membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Untuk makluman, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: