17 August 2022

JALANI PEMBEDAHAN JULAI LALU - MAN KIDAL TAK SANGKA ADA DUA CYST DI BAHAGIAN KANAN BELAKANG



"Ada dua cyst di bahagian kanan belakang saya. Pada awalnya, saya pun tak tahu itu adalah cyst sebab ia dah ada sejak 15 tahun lalu. Ia mula menyebabkan rasa sakit dan tak selesa. Saya ingatkan sekadar sakit belakang biasa, jadi saya letak minyak urut yang panas untuk kurangkan rasa sakit.


"Tak sangka pula, minyak panas itu menyebabkannya jadi lebih teruk dan saya terpaksa menjalani pembedahan. Alhamdulillah, sekarang semuanya dah okay," itulah kata pemain gitar popular, Man Kidal, 58, yang tidak menyangka sakit belakang yang dialaminya sejak 15 tahun lalu adalah disebabkan ketumbuhan cyst.

Man yang menjalani pembedahan membuang cyst di belakang badannya Julai lalu itu berkata, pada awalnya dia tidak menyangka itu adalah cyst kerana sudah 15 tahun 'hidup' bersamanya. Selain itu, Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood turut berkongsi mengenai kesan jangka panjang yang dialaminya selepas dijangkiti C0V1D tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



"Tahun lalu, saya dijangkiti varian Delta dan memang sangat teruk. Pada awalnya, saya dah hampir berputus asa kerana ia mengganggu psikologi saya. Saya dah anggap saya tak ada harapan untuk hidup dan hanya fikirkan kematian. Kesan jangka panjangnya pun agak teruk dan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk saya pulih sepenuhnya antaranya dari sudut tenaga apabila saya jadi cepat penat," tuturnya.

Terbaharu, Man bakal muncul di pentas Konsert Rock On 40 The Legends yang menggabungkannya dengan penyanyi rock legenda tanah air iaitu Datuk Awie, Muss dan Ella serta Ritz Metalasia selaku penggubah muzik. Konsert anjuran Menara Network Sdn Bhd (MNSB) itu akan berlangsung pada 2 dan 3 Disember ini di Istana Budaya, di sini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: