16 August 2022

"BEREHAT SECUKUPNYA, JAGA RUTIN PEMAKANAN" - JASMIN HAMID BERSYUKUR MAKIN SIHAT



"Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mana tahap kesihatan saya buat masa ini, baik-baik saja. Insya Allah, saya juga masih boleh bekerja macam biasa walaupun pernah mengalami serangan jantung sebelum ini.


"Malah, saya akan menjalani pemeriksaan dengan doktor pakar pada Februari tahun depan. Apapun, sekarang ini saya memang sihat dan boleh berlakon lagi," jelas pelakon Jasmin Hamid, 48, yang menegaskan keadaan kesihatannya kini berada pada tahap yang baik dan masih lagi boleh bekerja seperti biasa walaupun pernah mengalami serangan jantung pada hujung Mei lalu.

Jasmin berkata, pihak produksi yang ingin menawarkan projek lakonan kepadanya tidak perlu bimbang memikirkan situasi kesihatannya kerana dia sekarang semakin pulih dan masih bersemangat untuk bekerja.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya, apa yang pasti kini dia sangat peka dengan keadaan kesihatan dirinya, termasuk menjaga pemakanan harian. Katanya, dalam keadaan sekarang menjaga rutin pemakanan adalah sangat penting.

"Kalau rasa kurang sihat dan memang rasa tak boleh bekerja, saya akan berehat secukupnya. Apapun, paling utama adalah menjaga rutin pemakanan yang lebih sihat setiap hari," tuturnya.

Terdahulu, Jasmin yang mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit jantung dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di ibu kota akibat mengalami serangan jantung pada 31 Mei lalu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: