22 August 2022

"JANGAN BUAT KERJA TUHAN" - AMIN IDRIS NASIHAT NETIZEN BOLEH TEGUR TAPI JANGAN MAKIN HAMUN, HINA



Semua sedia maklum mengenai penyanyi dangdut Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha yang sejak kebelakangan ini terkait banyak isu sehingga menerima kritikan teruk.


Berhubung isu tersebut, pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas, Amin Idris menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok telah memberi nasihat kepada Ifa mengenai aliran pemikiran fikratul irja'.

Selain itu, Amin juga menasihati netizen untuk tidak berlebihan ketika memberi teguran. Dalam masa sama, Amin turut memberikan nasihat supaya tidak memaki hamun dalam memberikan teguran kepada orang yang berbuat salah.

"Kecoh dua, tiga, hari hari ini tentang isu Kak Ifa Raziah. Hari tu isu Mekah, kemudian isu menari gelek dan terbaharu isu dia buat live ketika solat untuk buktikan pada netizen yang tuduh dia sebagai jahil dan tak solat sebagai salah.

Klik untuk gambar besar



"Sebelum pergi lanjut apa yang saya cakap bukan untuk Kak Ifa sahaja tetapi untuk semua yang menonton video. Pertama sekali, kita tak boleh pisahkan hati dengan perbuatan. Dia mesti berkait. Ada satu aliran pemikiran yang sesat, nama dia fikratul irja' atau fikra murji'ah. Bagi mereka hati tiada kaitan dengan perbuatan.

"Contohnya, 'Aku membunuh takpa yang penting aku beriman.', 'Aku pakai seksi takpa yang penting aku beriman pada Allah.', 'Aku buat maksiat takpa aku buat dosa takpa yang penting aku solat aku beriman.'. Ini semua adalah pemikiran yang salah lagi menyesatkan, yang kita kadang-kadang tak perasan terbuat jadi kita kena tinggalkan," ulasnya.

Amin turut menjelaskan, iman itu sendiri membawa maksud tasdiq bil qolbi, iqrar bil lisan dan 'amal bil arkan: "Yakni kita membenarkan dengan hati, kita bercakap mengikut lidah dan kita buat dengan anggota badan.


"Ketiga, kita yang tak setuju, nak tegur Kak Ifa ke siapa-siapa yang buat benda salah, boleh, tapi jangan maki hamun, jangan hina dan jangan buat kerja Tuhan. Contoh, 'Kau ni tak tutup aurat mesti solat tak diterima'.

"Kalau pun dia tak tutup aurat, tapi solat dia memenuhi syarat sah solat, tak mustahil diterima Allah dan itu kerja Allah dan bukan kerja kita. Jangan buat kerja Tuhan," katanya lagi.

"Kadang-kadang kita menegur orang buat dosa tak tutup aurat, tapi kita pergi maki hamun. Ketahuilah dosa maki hamun lagi besar daripada dosa tak tutup aurat. Tak tutup aurat merupakan dosa dia dengan Tuhan.

"Dosa maki hamun adalah dosa kita dengan Tuhan dan dengan orang yang kita maki. Allah takkan ampunkan dosa kita selagi orang yang kita maki itu tak maafkan kita. Jadi berhati-hati dalam kita menegur orang, pelihara akhlak kita," katanya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: