22 August 2022

"HARI-HARI PANAS BONTOT, SUDAH NASIHAT TAPI MAKIN CAKAP MAKIN MENJADI" - AZHAR SULAIMAN



Umum sedia mengetahui anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang kerap kali mencetus kontroversi dan jadi bualan netizen. Azhar, 51, berkata, dia sudah habis akal untuk menasihati anak gadisnya itu.


Azhar mendedahkan hal itu dalam satu perbualan bersama pelakon Aida Aris yang kemudian diterjemah kepada hantaran. Dalam perbualan itu, Aida mengatakan Kasih terlalu popular saat ini dan menasihatkan Azhar untuk cuba berbincang baik-baik dengannya supaya lebih menjaga batas diri.

"Hari-hari dia buat saya panas bontot. Sudah (nasihat) tapi makin cakap makin menjadi," katanya.

Aida juga menyarankan Azhar untuk cuba gunakan kemahirannya sebagai pelakon untuk menangani Kasih. Namun, Azhar akui Kasih pasti akan kenakan dia semula.

Klik untuk gambar besar



"Aida kata cubalah 'slow talk' dengan dia. Suruh berlakonlah sedih sikit dan cakap sampai hati dia (Kasih) buat kat 'daddy' macam ini.

"Macam mana mahunya nanti dia cakap balik, sekarang kamu tengah berlakon dengan saya?" demikian perkongsian Azhar.

Terdahulu, pelakon itu pernah mengakui anak perempuannya itu gemar berpakaian seksi walaupun dia melarangnya. Menurutnya, setiap keluarga akan ada pelbagai masalah dengan anak-anak mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: