10 August 2022

"KESIHATAN SAYA BUAT MASA INI PADA TAHAP AGAK TERUK" - ZAMANI MAKAN UBAT TAHAN SAKIT, TUNGGU DIBEDAH



"Tulang belakang dah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung. Jadi saya perlukan pembedahan. Sekarang ini 24 jam saya sakit dan perlu makan ubat tahan sakit. Memang tak ada ubat lain.


Sakit pula menyerang tak kira waktu. Kalau kena tu, tulang rasa macam ditarik-tarik. Kadang ketika tidur pun sakit boleh datang dan menjadi kejang. Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sakit saya ini menyerang dengan teruk. Sebab ketika itu saya duduk di rumah saja dan tak bekerja.

"Kesihatan saya buat masa ini pada tahap agak teruk," itulah kata penyanyi terkenal Zamani, 51, ketika ditanya mengenai keadaan terkini dirinya yang mengalami masalah skoliosis iaitu tulang belakang melengkung.

Zamani yang juga vokalis kumpulan Slam itu berkata, buat masa sekarang dia perlu memakan ubat tahan sakit sementara menunggu proses pembedahan yang dijangka dilakukan awal November.

Menurut Zamani, pihak hospital memberi jaminan peluang untuk sembuh tinggi. Dalam masa sama, Zamani berkata prosedur itu dijangka mengambil masa lapan hingga 10 jam.

Klik untuk gambar besar



"Dulu saya dimaklumkan peluang untuk sembuh tak ada. Rupanya informasi itu tak tepat. Selepas saya buat semua ujian imbasan, doktor maklumkan peluang nak sembuh tinggi. Namun, tidaklah boleh kembali kepada normal.

"Sekarang ini sudah ada dua pusat perubatan dalam senarai untuk saya buat pembedahan. Doktor kata Oktober ini dah boleh buat, cuma saya ada beberapa komitmen kerja perlu diselesaikan dulu. Jadi, insya-Allah mungkin awal November.

"Dari segi kos pembedahan dianggarkan lebih RM100,000. Pusat perubatan di Ampang anggaran dalam RM80,000 hingga RM100,000. Yang lagi satu tu mungkin murah sikit.

"Saya bukan takut nak dibedah, tapi berdebar. Kalau nak tahu pembedahan adalah pilihan terakhir saya. Sebelum ini saya dah pergi banyak tempat dan rawatan alternatif lain.

"Difahamkan pembedahan ini memakan masa lapan hingga 10 jam. Nak sembuh pula ia bergantung pada badan saya. Kalau semuanya okay, selepas dua minggu dah boleh memandu selain perlu menjalani fisioterapi. Saya berharap pembedahan ini berjalan lancar dan sembuh walaupun takkan 100 peratus," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: