10 August 2022

FESYEN CHE TA DITEGUR: "TETAP JUAL NASI LEMAK JUGA, PATUTNYA DAH LAMA BERHIJAB DAH SEMAKIN SEMPURNA"



Fesyen dan gaya penampilan pelakon Rozita Che Wan sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.


Baru-baru ini, menerusi video dikongsikan di Facebook Nona, penampilan Che Ta di Kedah Fashion Week 2022 yang diadakan di Aman Central pada 5 hingga 7 Ogos lalu telah menjadi perhatian. Dalam acara tersebut, Che Ta yang tampil dengan persalinan serba putih itu muncul catwalk di atas pentas sebagai penampilan khas.

Diruangan komen, ramai yang memuji kecantikan pelakon itu nampak muda meskipun sudah berusia 49 tahun. Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan cara pemakaian Che Ta itu serta ada yang memberi teguran tentang aurat.

Kata seorang netizen, meskipun berpakaian muslimah namun hakikatnya tetap mendedahkan aurat. Ada netizen lain mengatakan, sepatutnya apabila sudah lama berhijab semakin menutup aurat dengan sempurna.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: