10 August 2022

LAPORAN MEDIA INDONESIA - ENGKU EMRAN & NOOR NABILA SUDAH BERCERAI?



Rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila sejak mingu lalu hangat diperkatakan apabila usahawan itu memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di laman Instagram miliknya.


Hasil tinjauan mendapati, gambar pernikahan mereka juga tidak kelihatan malah Nabila turut menukar gambar profil Instagram miliknya itu. Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu tular apabila beberapa media Indonesia melaporkan pasangan itu dikhabarkan sudah bercerai.

Malah, turut tular di aplikasi TikTok apabila ada pengguna memuat naik laporan-laporan berita itu. Lebih menjadi perhatian, ada yang menulis tajuk bekas suami Laudya Cynthia Bella dikhabarkan bercerai serta mengatakan Engku Emran bukan orang sembarangan.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia yang turut terkejut dengan laporan berkenaan kerana tiada laporan mengenai perkara itu keluar daripada media daripada Malaysia serta bertanya mengenai kesahihan berita tersebut.

Sebelum ini, turut hangat diperkatakan apabila lain pula ditemui di Instagram milik Engku Emran dimana kali terakhir dia memuat naik gambar berdua ketika ulang tahun perkahwinan mereka pada Mac lalu. Menerusi foto itu, kelihatan pasangan itu baru sahaja selesai menunaikan solat jemaah bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini status rumah tangga mereka masih menjadi tanya apabila kedua-duanya hanya mendiamkan diri.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: