10 August 2022

WAN SHARMILA BERGAMBAR BERSAMA IBU SHUIB, SIAP PANGGIL MAMA - INI JAWAB PENGURUSAN



Menerusi perkongsian di TikTok baru-baru ini, ibu kepada Shuib Sepahtu iaitu Salamiah Jalani telah memuat naik video dimana ia menjadi perhatian ramai apabila beliau bersama pelakon Wan Sharmila dalam satu majlis tahlil arwah isteri pelawak itu, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, yang diadakan di kediamannya pada Isnin lalu.


Melihat pada foto tersebut, ibu Shuib dan Wan Sharmila atau mesra disapa Lala dilihat begitu mesra. Apa yang lebih menjadi perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh ibu pelawak itu seolah-olah memberikan hint berbunyi, 'Biar gambar berbicara'.

Perkongsian ibu Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Shuib dan Wan Sharmila berjodohan. Tidak kurang juga, ramai yang memberi restu jika kedua mereka berjodohan kerana pelakon itu mempunyai peribadi yang lembut seperti arwah Siti Sarah.

Ramai mula membuat andaian Wan Sharmila bakal mengisi kekosongan hati Shuib selepas pemergian isterinya tahun lalu. Netizen mula bertanyakan status sebenar Wan Sharmila dan Shuib.

Klik untuk gambar besar



"Pilihan ibu mentua. Macam dapat restu. Kalau betul, Alhamdulillah." - "Saya suka Wan Sharmila. Semoga dipermudahkan jadi menantu Mama (ibu Shuib). Orangnya ceria macam Mama juga.

"Kalau yang ini, 100 peratus sokong. Memang baik untuk jadi isteri, ibu dan menantu," antara komen-komen warganet pada video berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon drama '7 Hari Mencintaimu' itu juga dilihat memanggil Salamiah dengan gelaran Mama yang seolah-olah menguatkan gosip ada hubungan istimewa di antara mereka berdua.

"Terima kasih sudi teman Lala (panggilan Wan Sharmila) sepanjang majlis. Ada rezeki jumpa lagi ya Mama," tulis Wan Sharmila.



Sebelum ini, Wan Sharmila mencuri perhatian ramai apabila dilihat meluangkan masa dengan anak kedua Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra sehingga menimbulkan desas-desus hubungan kedua-dua selebriti berkenaan.

Sementara itu, pihak pengurusan Shuib menjelaskan gambar yang dimuat naik ibu pelawak itu tidak membawa sebarang maksud tertentu dan hanya sekadar kenang-kenangan. Kehadiran Wan Sharmila pada majlis tahlil itu juga adalah pertemuan pertama kali di antara ibu Shuib dan Wan Sharmila.

"Memang tiada apa-apa. Dia (Salamiah) tak pernah jumpa Lala. Macam peminat bergambar dengan artis," jelas wakil Shuib.

Usaha media mendapatkan komen Wan Sharmila dan Salamiah tidak berjaya apabila kedua-duanya memberi alasan ada urusan lain ketika dihubungi.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: