10 August 2022

TAK TAHU PERASAAN TUNAI UMRAH - NIEZAM ZAIDI SERONOK BERIBADAH KETIKA DI DALAM LOKAP



"Saya tak pernah pergi umrah dan tak tahu macam mana perasaannya. Tapi, saya dapat perasaan seronok nak beribadah ketika di dalam lokap. Itu perasaan paling indah dalam hidup saya.


"Saya tahu, tiada siapa lagi yang boleh tolong saya melainkan Allah," demikianlah ujar pelakon Niezam Zaidi yang mendedahkan dia seronok apabila dapat beribadah di dalam lokap selepas dijatuhkan hukuman penjara apabila mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah pada Oktober 2021 lalu.

Niezam berkata, dia menyifatkan ianya perasaan paling indah dalam hidupnya kerana ketika itu hanya Allah sahaja yang boleh membantu dirinya.

Menurut Niezam lagi, detik hitam yang dilaluinya itu ternyata memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya apatah lagi selepas membaca komen negatif dilemparkan terhadap dirinya.

"Kalau saya bukan Islam, mungkin saya dah gila atau bunuh diri. Saya minta maaf sebab berkata begitu. Banyak perkara yang telah berlaku pada saya.

"Mungkin orang lihat ia kenangan pahit, tapi bagi saya pahit itu adalah ubat. Walaupun dengan membaca, komen-komen itu sebenarnya boleh mengganggu mental juga," tuturnya.

Dalam pada itu, Niezam memberitahu disebabkan apa yang berlaku dirinya, dia membuat keputusan untuk pulang ke kampung untuk mencari ketenangan dan meluangkan masa bersama keluarga serta ibu bapa.

"Saya ingin lupakan detik hitam tersebut. Kini, saya lebih kepada mencari ketenangan melalui agama dan meluangkan masa bersama keluarga. Masa insiden di Kuala Kangsar, papa saya datang. Umur dah 60 lebih datang untuk selesaikan masalah saya.

"Mak saya pula tengah sakit tiga serangkai dan papa pun dah tua. Kita pun tak tahu boleh hidup sampai bila," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: