10 August 2022

NETIZEN KECAM IFA RAZIAH & KAK KM BERGELEK SAKAN DI MAJLIS AKIKAH



Tular baru-baru ini di TikTok beberapa video mengenai sebuah majlis akikah majlis individu yang pernah dikaitkan dengan 'Macau Scam' iaitu Addy Kanna. Dalam rakaman video itu, dapat dilihat isteri Addy berpakaian busana pengantin sambil memegang jambangan bunga, manakala Addy pula menolak stroller bayi mereka sebelum melakukan cukur jambul.


Bagaimanapun, suasana majlis akikah tersebut telah menerima kecaman ramai apabila dikatakan tidak menghormati tujuan majlis akikah yang sebenar. Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan kontroversi, Kak KM yang sedang sakan bergelek.

Bukan itu sahaja, tular satu lagi video memaparkan Ifa Raziah dan anak kepada pelakon, Normah Damanhuri itu sedang rancak menari gelek bersama tetamu di situ.

Video tular itu sekaligus mengundang kemarahan netizen yang kecewa melihat majlis tersebut yang sepatutnya penuh keberkatan bertukar menjadi sebaliknya.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: