11 August 2022

AINUL MARDHIAH DISERANG SAWAN PANAS BERULANG KALI 'DITIDURKAN' - BAPA MOHON DOA



"Hari ini (semalam) Ainul di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya. Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini (semalam), biarlah dia berehat.


"Saya doa semoga Allah bukakan jalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya. Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya saksikannya. Kakak kakak misi pun semua jaga Ainul dengan baik.

"Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah jua pemilik segala kesembuhan dan kesihatan. Dia kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika dia nak tarik nikmat nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.

"Saya reda dan saya dah halalkan anak saya, namun saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa. Apa yang bakal berlaku, saya percaya itulah yang terbaik dariNya," demikianlah tulis bapa kepada adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menerusi laman Facebook miliknya.

Klik untuk gambar besar



Rakyat Malaysia tumpang berduka apabila si cilik ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 1 Ogos lalu. Genap 10 hari, Ahmad Safiuddin sekali lagi memaklumkan khabar duka kepada orang ramai berkenaan keadaan terkini anak perempuannya itu yang terpaksa 'ditidurkan'.

Dalam nukilan penuh emosi itu, Ahmad Safiuddin berkata dia reda atas segala ketentuan buat anaknya, namun tidak mahu berputus asa selagi hayat dikandung badan.

1 Ogos lalu, adik Ainul tiba-tiba berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak (PICU). Menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi, adik Ainul disahkan terkena jangkitan kuman yang sudah merebak ke seluruh anggota badan.

Terdahulu, adik Ainul pernah mendapat perhatian negara kerana menghidap ketumbuhan di dalam mulut dan selamat menjalani pembedahan di London, United Kingdom yang dijalankan sendiri oleh Dr Amalina Che Bakri.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: