11 August 2022

AKSI GHAIRAH ALIFF SYUKRI & BABY SHIMA - NETIZEN KECAM, PU SYED TAMPIL TEGUR



Nama usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi kontroversi Baby Shima nampaknya sekali lagi kembali hangat diperkatakan. Kali ini mereka muncul dengan lagu terbaru bersama berjudul 'Baby Sayang'.


Berkongsikan video bagi mempromosikan lagu terbarunya itu, Aliff dan Baby Shima dilihat sedang menari ghairah bersama. Lebih mengejutkan ramai, Baby Shima tampil dengan hanya memakai seluar pendek sehingga menampakkan sebahagian peha yang dianggap keterlaluan.

Perkongsian video itu ternyata mengundang kecaman ramai yang menyifatkan kedua-duanya seolah tidak serik terpalit dengan kontroversi. Ada yang mengatakan Shima seperti pelakon lucah di dalam video tersebut. Tidak kurang juga, ada yang memberi teguran agar kedua-dua mereka bertaubat.

Mungkin sedar video tersebut dikecam teruk, selepas beberapa jam dimuat naik, Aliff bertindak menutup ruangan komen perkongsian berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Malah, video itu turut mendapat perhatian Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri yang tampil memberikan teguran kepada Aliff supaya membatalkan hasrat melancar muzik video lagu dangdutnya tersebut.

"Sekali lagi Aliff Syukri buat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keagamaan atau bagi nasihat tak jadi masalah.

"Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Alif Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat," katanya.



PU Syed turut mengingatkan Aliff supaya memikirkan perasaan isteri dan anak-anak melihat aksi tidak sepatutnya itu yang dipertontonkan di khalayak ramai.

Dalam pada itu, PU Syed berharap agar Aliff berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan perkara dilarang agama serta bertanyakan adakah dia sudah bersedia menanggung dosa orang ramai.

"Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang.



"Apa yang kamu mahu dedahkan kepada masyarakat. Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat.

"Kamu ada nama dan pangkat, tolonglah berfikir sebelum melakukan perbuatan mungkar. Fikir halal haram, fikir pahala dan dosa dan fikir mati kita. Saat kematian kita bagaimana. Adakah kamu bersedia untuk menanggung segala dosa penonton yang menonton video dangdut mengarut kamu ini?

"Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri. Datuk Seri minta maaf saya tak sebut pangkat. Yang penting nama kamu Aliff Syukri, yang penting kamu takut kepada Allah SWT lebih daripada kamu takut kehilangan harta sendiri," tuturnya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: