29 August 2022

LIZA ABDULLAH 'KUNCI MULUT' BERHUBUNG GOSIP SUDAH KEMBALI BERUMAH TANGGA



"Kalau nak tanya soal jodoh ke, suami ke, saya tak akan jawab. Sebabnya, dulu masa saya ada suami, orang kata saya dah bercerai. Bila saya dah bercerai, orang kata saya dah ada suami. So, ada apa masalah? Saya tak akan cerita, saya tak akan share (kongsi), saya tak akan cakap apa-apa.


"Tolonglah, dah umur tua-tua ini, tolonglah jangan tanya soalan-soalan yang tak perlu nak tahu pun. Saya kahwin ke, tak kahwin ke, ada suami ke atau apa ke, rahsia," kata pelakon drama, Liza Abdullah ketika ditemubual dalam program Melodi TV3, dimana dia mengambil pendekatan tidak mahu menjawab soalan berkaitan peribadi seperti gosip jodoh yang mengaitkannya sudah berumahtangga semula, kira-kira dua minggu lalu.

Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah, 58, berkata soal peribadinya sama ada sudah berkahwin semula atau pun tidak, menjadi rahsia kerana dia tidak akan sesekali menjawabnya.

Pelakon yang popular dengan watak Mak Leha dalam drama '7 Hari Mencintaiku 3' itu berkata, dia bukan cuba lari daripada menjawab, kerana sejak dari dulu pun, dia menerima baik setiap orang yang bertanya kepadanya.

Klik untuk gambar besar



Cuma, katanya dia dah 'full stop' dan kalau boleh kisah berkaitan peribadi dirinya tidak mahu 'share' dengan orang kerana enggan menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama anak-anak dan keluarganya.

Terdahulu, Liza pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkifly Abdul Rahman pada 1988 dan dikurniakan empat cahaya mata. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2014 selepas 26 tahun hidup bersama.

Namun, baru-baru ini hangat di media sosial berkaitan Liza yang pernah memenangi trofi Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 lalu, didakwa sudah berkahwin baharu dengan lelaki berstatus usahawan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: