29 August 2022

"SAYA MASIH LAGI DALAM PROGRAM YANG DIANJURKAN AADK" - MAMAT EXIST



Penyanyi Mamat Exists yang pernah berdepan masalah penyalahgunaan dadah pada September 2019 itu menjelaskan situasi dirinya kini masih berada dalam pemantauan agensi dari cawangan Johor Bahru. Menurutnya, pihak AADK akan memaklumkan terlebih awal menerusi WhatsApp untuk membolehkan dia hadir ke program yang diadakan.


"Saya masih lagi dalam program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan). Mereka akan whatsapp dan mesej dan saya akan pergi. Mereka tak melarang apa-apa. Insya Allah Alhamdulillah.

"Sebab kita pun tiada buat apa-apa tanpa pengetahuan. Namun ke hulu ke hilir memang tak boleh. Apapun tunggu mereka akan nilai baru akan dibebaskan. Tunggu saja keputusannya," katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Resolusi Exists di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort.

Konsert Resolusi Exists yang turut menampilkan Pasha dan Eiz anjuran ImagineX akan berlangsung di Zepp KL, Bukit Bintang pada 18 November ini.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 44, untuk urusan kerja dia perlu memaklumkan jadualnya kepada AADK. Akuinya, perjalanan kehidupannya sekarang lebih senang.

"Mereka akan dapat detail secepat mungkin, apa yang berlaku kepada diri kita. Jadi tak susah kerana saya pun bukan orang tak kenal. Orang yang mereka tak tahu dia duduk, dia pergi mana. Itu lagi susah.

"Mereka tahu di mana saya ada, kat mana saya duduk. Itu lagi mudah. Alhamdulillah... dengan program dan konsert yang ada saya rasa karier lebih teratur. Saya dah buat persiapan untuk masa depan. Saya mahu berubah ke arah lebih baik. Kehidupan peribadi kita memang saya simpan.

"Namun kegiatan seni saya perlu dikongsi dengan peminat. Saya milik masyarakat dan tutup macam mana pun mereka akan tahu. Saya rasa lebih tenang dan relax. Saya pun dah berusia. Tumpuan saya penuh komitmen terhadap kerja-kerja saya," ujarnya.

Terdahulu, Mamat ditahan polis pada 8 September 2019 ketika menunggang motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakannya pada jam 11.30 malam kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Insiden berlaku sebelum Mamat terbabit menjayakan Konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019. Selain Shah Alam, konsert terbabit turut diadakan di Singapura pada 5 Oktober 2019.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: