29 August 2022

"SAYA TAK TERKEJUT... DULU DAH DENGAR" - NAZIM OTHMAN AKUI DAH LALI DENGAN DAKWAAN HIDUP MEWAH KERANA 'DIBELA' VIP



"Isu ni bukan perkara baru. Sekian lama orang bercakap pasal ni sampailah sekarang. Betullah benda tu semua tak betul. Saya tak terkejut pun dengar khabar angin ni. Dah lama sangat, 6 atau 7 tahun dulu dah dengar.


"Tak ada istilah dibela. Kalau ada pun, saya yang bela diri sendiri. Kalau nampak saya hidup mewah, itu adalah positioning. Nazim Othman bukan hanya pelakon tetapi satu jenama.

"Saya pergi ke tempat mewah, semua tu urusan kerja bersama syarikat-syarikat yang menjalin kerjasama dengan saya," ujar pelakon iaitu Nazim Othman susulan dakwaan bahawa kehidupan mewahnya itu sebenarnya ditanggung oleh individu kenamaan atau VIP.

Klik untuk gambar besar



Baru-baru ini, Nazim dilihat sering berkongsi hantaran di Instagram miliknya memaparkan aktiviti percutian ke pusat peranginan mewah di dalam dan di luar negara.

Menerusi hantaran tersebut, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman juga dilihat menggayakan pelbagai busana dan aksesori mewah dari jenama antarabangsa popular.

Menurut Nazim, kesemua yang dipaparkan di media sosial merupakan urusan pekerjaannya sebagai seorang pelakon dan selebriti yan sering bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk memasarkan perniagaan mereka.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: