29 August 2022

"PEMBEDAHAN KEDUA SELAMAT BERJALAN TAPI MAK BELUM BANGUN, KITA CUBA KEJUT ESOK" - REMY ISHAK



Menerusi beberapa hantaran di ruangan di Insta stories, pelakon Remy Ishak telah memaklumkan ibunya, Basrah binti Md Dris telah selamat menjalani pembedahan kali yang kedua pada Ahad.


Remy yang ini berada di hospital bagi memantau keadaan semasa ibu itu memaklumkan sesi solat hajat yang disertai oleh pelajar-pelajar tahfiz masih lagi diteruskan di rumah ibunya yang kini memasuki hari ke-3.

"Operation (Pembedahan) kedua dan selamat berjalan tapi mak belum bangun. Kita cuba kejutkan mak esok. InsyaAllah. Hari ini saya di CICU. Tak dapat join ustaz dan pelajar-pelajar," tulis pelakon filem 'Pulang' itu.

Klik untuk gambar besar



"Hari ke-3 solat hajat dan bacaan Yassin dari rumah mak oleh anak-anak tahfiz. Terima kasih kepada ustaz dan para pelajar tingkatan empat," kongsinya.

Sebelum ini, pembedahan jantung pertama ibunya itu difaham telah berlangsung selama hampir 12 jam dan terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Katanya lagi, dia sekeluarga akan berikhtiar sebaik mungkin bagi memastikan keadaan ibunya kembali sembuh seperti sedia kala.

Terdahulu, sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kardiak (CICU) Hospital Serdang, ibu Remy yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal terlebih dahulu telah menerima rawatan di Hospital Besar Melaka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: