09 August 2022

MIMPI SEDIH - SHUIB BATAL HASRAT UBAH SUAI RUMAH



Selepas setahun pemergian arwah isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu memberitahu dia pernah berhasrat untuk mengubah suai kediaman mereka untuk suasana baru, namun semua itu terpaksa dilupakan setelah mendapat mimpi sedih.


"Selepas enam bulan arwah meninggal dunia pernah terfikir hendak ubah suai rumah untuk memberi suasana baru dan saya sudah berbincang dengan pereka dalaman. Bagaimanapun, bulan lalu saya batalkan hasrat tersebut selepas saya mendapat mimpi sedih.

"Dalam mimpi itu saya masuk ke rumah baru, namun ketika itu tercari-cari arwah tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar arwah sudah meninggal dunia," katanya.

Klik untuk gambar besar



Disebabkan mimpi itu juga, Shuib berkata dia nekad untuk terus tinggal di rumah yang sudah didiami hampir empat tahun itu. Dalam pada itu, Shuib berkata dia masih menyimpan barang-barang milik arwah terutama baju terakhir dipakai isterinya untuk dijadikan kenangan.

"Barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang, bolehlah lihat dan pegang. Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital pun saya masih simpan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: