09 August 2022

RAWATAN IVF - IZZUE ISLAM & ISTERI TERPAKSA HENTIKAN DEK JADUAL KERJA PADAT



"Awal-awal dulu sedih... kita usaha tapi belum ada rezeki. Untuk rawatan (IVF), kami sudah berjumpa dengan doktor dan keputusan semuanya baik sahaja cuma doktor pesan kena ada masa untuk rehat sebab kalau kerja berterusan mungkin akan ganggu proses rawatan itu. Jadual saya agak padat pada tahun ini dan untuk tahun depan pun ada yang sudah susun jadi saya dan isteri rancang nak kosongkan jadual sekurang-kurangnya sembilan bulan.


"Saya memang nak sambung kembali rawatan cuma komitmen kerja sangat tinggi saat ini, kalau sempat hujung tahun ini kami akan cuba lagi sekali," itulah kata pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang memaklumkan dia dan isterinya, Awin Nurin terpaksa menghentikan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata berikutan kesibukan kerja serta jadual kerja yang padat.

Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, sudah pasti Izzue serta isterinya tidak berhenti berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Dalam pada itu, Izzue yang mendirikan rumah tangga dengan Awin pada 2 Jun 2013 itu memberitahu dia akan kembali menyambung rawatan pada hujung tahun ini jika diberikan kesempatan waktu.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: