23 August 2022

MIRA FILZAH KONGSI DETIK CEMAS BILA ANAKNYA USIA 3 BULAN POSITIF C0V1D



Anak lelaki pelakon Mira Filzah, Wan Khair Amir yang baru berusia tiga bulan itu disahkan positif C0V1D dua minggu lalu. Mira yang berkongsi saat cemas itu mengaku hilang punca dan menangis sebaik mengetahui bayinya telah dijangkiti virus berbahaya terbabit.


"Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair. Selalunya bayi yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu.

"Kebetulan sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif C0V1D. Enggan mengambil risiko saya terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif C0V1D.

"Sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan. Kita yang dewasa pun rasa sakit bila hidung kita dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Meskipun melalui ujian dan pengalaman yang mendebarkan, pelakon drama 'Pujaan Hati Kanda' ini reda dan menyifatkan situasi itu adalah norma baharu yang dihadapi oleh sesiapa saja.

"Saya percaya kalau bukan sekarang mungkin pada masa akan datang Amir akan terkena juga jangkitan virus ini. "Alhamdulillah Amir tidak mengalami simptom yang teruk dan hanya perlu menjalani kuarantin di rumah saja," kata Mira yang turut dijangkiti C0V1D selepas anaknya kembali pulih.

Untuk makluman, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman selamat bergelar ibu pada 10 Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: