23 August 2022

NETIZEN TEGUR EYKA FARHANA TAMPIL NAMPAK PUSAT



Pelakon Eyka Farhana sebelum ini menerima teguran daripada peminat kerana dikatakan berpakaian terlalu seksi. Bagaimanapun pelakon itu berkata, dia lebih selesa menjadi diri sendiri.


Ujarnya, dia memilih cara penampilan mengikut keselesaan dan bukan kerana kehendak orang. Malah, katanya lagi penampilannya tidaklah terlalu seksi.

Terkini, Eyka nampaknya sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video memperagakan pakaian jenama terkemuka, Calvin Klein. Menerusi vdeo yang dikongsikan menerusi laman Instagram, Eyka menggayakan singlet pendek menampakkan sebahagiaan badannya namun memakai jaket di luar.

Klik untuk gambar besar



Seperti sudah dijangka, perkongsiannya tersebut mengejutkan ramai apabila ada netizen mengatakan pemakaiannya itu keterlaluan dan tidak sopan bagi wanita beragama Islam. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Eyka kini semakin seksi jika dibandingkan sebelum ini.

Meskipun ramai yang mengecam namun ramai rakan artis memuji kecantikan pelakon itu serta ada segelintir netizen mendoakan agar diberikan hidayah.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: