23 August 2022

BERSYUKUR REZEKI MENCURAH-CURAH - ZAMANI SEDIA DIBEDAH NOVEMBER INI: "DOAKAN SAYA SELAMAT"



"Saya memang sangat takut... sebab tulah saya panggil semua keluarga saya, keluarga isteri saya, sahabat-sahabat saya yang lama-lama. Itu pun saya panggil berjumpa, bukan apa kita minta maaf... kita bukan tahu apa jadi.


"Apa pun doakan saya selamatlah. Itu cuma sekadar persedian sebab saya rasa takutkan,"demikianlah tutur penyanyi Zamani Slam yang terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian kerana ingin membuat persiapan akhir sebelum menjalani pembedahan tulang belakang pada November ini.

Untuk makluman, Zamani menderita penyakit skoliosis sejak 2015 sehingga menyebabkan perubahan pada fizikal badannya yang kini semakin membengkok. Terkini tulang belakang penyanyi 'Mentari Muncul Lagi' ini mula mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung.

Klik untuk gambar besar



Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 52, dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur apabila ramai pihak menghulurkan sumbangan dan menawarkan tawaran menyanyi selepas cerita mengenai penyakitnya itu tular di media sosial.

"Saya anjakkan waktu pembedahan pada bulan November sebab sudah terambil show sehingga bulan Oktober jadi saya perlu laksanakan tugasan terakhir ini sebelum melakukan pembedahan. Tapi sekarang ini saya sudah mula kurangkan dan tidak menerima mana-mana tawaran menyanyi lagi.

"Semakin banyak tawaran yang diterima selepas mereka tahu keadaan saya. Sekarang saya tidak boleh mengambil kesemuanya, terima kasih kepada mereka yang prihatin dan sayangkan saya," ujarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: