08 August 2022

MUAT NAIK FOTO 'FREEHAIR', BAJU TULIS 'JADI DIRIKIU' - ELYANA DAH TAK BERTUDUNG?



Umum sedia maklum mengenai penyanyi Elyana dimana pada Disember tahun lalu, dia berkongsi khabar gembira akhirnya bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang.


Sebelum ini, Elyana ada memuat naik paparan perbualan individu yang cuba memberi nasihat kepadanya namun menghina dirinya serta menuduhnya sengaja mencari simpati.

Terkini, perkongsian terbaru Elyana menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya tidak bertudung di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar



Menerusi entri itu, Elyana mengenakan 'hoodie' dan berseluar jeans yang dilihat beberapa bahagian terkoyak, namun tidak lagi berhijab. Turut menjadi perhatian, baju yang dipakai olehnya itu tertulis 'jadi diriku'. Malah, Elyana turut menutup ruangan komen perkongsian itu.

Elyana buat pertama kali membuka mulut membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Untuk makluman, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: