12 August 2022

MUAT NAIK PENAMPILAN TERBARU, RAMAI PUJI MAKIN 'SLIM' - ZIZIE IZETTE BUKA TUDUNG?



Pelakon Datin Seri Zizie Izette menerusi laman Instagram baru-baru ini ada memuat naik perkongsian terbaru yang menjadi perhatian ramai. Ini kerana Zizie memuat naik foto terbarunya memakai baju dan seluar senada warna ungu terang dilihat semakin kurus dan menawan.


Turut disertakan kapsyen, dimana Zizie memberitahu dia tidak tahu untuk memuat naik foto yang mana satu di Instagram: "Picture 1 or picture 2. 🤷🏻‍♀️ I can’t decide so I put both. ✨🌈✨," tulisnya.

Perkongsian Zizie itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis serta netizen yang memuji perubahan pelakon itu. Malah, ada yang mengatakan Zizie persis anak dara serta seperti gadis muda remaja yang baru habis SPM.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen yang meminta tips daripada isteri kepada Datuk Bung Mokhtar Radin tips dan rahsia untuk tampil langsing.

Namun begitu, foto terbaru yang dimuat naik Zizie itu menampakkan dirinya tidak memakai tudung sebaliknya hanya mengenakan topi sahaja. Penampilan terkini Zizie itu telah menimbulkan tanda tanya. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Zizie.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: