12 August 2022

"SELESAI AKIKAH SAYA BERGELEK, SELAMA INI GELEK BERI SAYA MAKAN... ORANG BAYAR SAYA BERPULUH RIBU" - IFA RAZIAH



"Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim. Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan.


"Saya penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan. Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu. Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya.

"Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan," itulah kata penyanyi Ifa Raziah berhubung tohmahan netizen selepas dikecam berkelakuan tidak sopan (bergelek) sewaktu membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Baru-baru ini, tular beberapa video di TikTok mengenai sebuah majlis akikah majlis keluarga yang dipercayai 'scammer' Macau, Addy Kanna. Bagaimanapun, apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan kontroversi, Kak KM dan Ifa Raziah sedang sakan bergelek.

Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha, berkata ada dua acara dalam majlis dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan. Jelasnya lagi, dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar untuk membuat persembahan.

Menurut Ifa lagi, isu kononnya dia merosakkan majlis akikah tidak sepatutnya timbul kerana ketika dia membuat persembahan semua ahli agama sudah pulang. Dalam pada itu, Ifa berkata tindakannya bergelek pada majlis tersebut bukan isu besar kerana dia dibayar berpuluh ribu untuk membuat persembahan, serta meminta netizen menonton video penuh di Instagram miliknya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: