03 August 2022

NOH SALLEH DIDAKWA CURANG SELEPAS TERDAPAT VIDEO KURANG SOPAN SERUPA WAJAHNYA



Nampaknya warganet beralih tumpuan pula kepada isu baharu yang mengaitkan Noh Salleh selepas sebelum ini kecoh orang mempersendakan wartawan selepas disindir Noh dalam temu bual pada sidang media pada 13 Julai lalu.


Isu baharu yang dimaksudkan netizen apabila terdapat rakaman video kurang sopan yang mengandungi suara menyamai Noh namun ia tidak semestinya artis itu, mungkin juga orang lain. Ataupun ada pihak sengaja mengada-adakan cerita semata-mata untuk menjatuhkan penyanyi itu atau mahu merosakkan rumah tangganya?

Bagaimanapun menerusi beberapa komen netizen, ada yang mendakwa tidak akan bergoyang pokok jika tiada angin yang menggoncangnya. Selain itu kecoh juga apabila di laman sembang forum Internet yang mendakwa terdapat rakaman perbualan seseorang kononnya bagi mengaitkan kecurangan Noh terhadap isterinya, Mizz Nina

Gambaran kisah itu seakan-akan menguatkan lagi dakwaan bukan sahaja berlaku keretakan rumah tangga mereka namun dipercayai ia juga telah berakhir. Dalam masa sama, status Mizz Nina di media sosial baru-baru ini sering berkongsi kata-kata motivasi seolah-olah menceritakan masalah dihadapinya.

Klik untuk gambar besar



Antara petikan kata-kata yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu bermaksud; sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita.

Tatkala ini kisah mereka sedang diperkatakan, kedua-duanya masih mengunci mulut seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun jelas terbayang di wajah Noh, agak kurang senang saat diajukan wartawan mengenai rumah tangganya sebaliknya dia menempelak agar pihak media lebih memberi fokus kepada kerjaya seni artis.

Bercakap kepada media dalam satu acara pada 13 Julai lalu, Noh, 37, menafikan segala khabar angin buruk tentang rumah tangganya dan menganggap pihak media sudah tertipu dengan segala gosip panas bertebaran.

"Entahlah, tiada komen... Anda semua kena tipu. Fake news," kata Noh yang berkahwin dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011 dan mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Musa.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: