19 August 2022

"SAYA RELAKAN..." - ISTERI ACHEY JALANI PROSEDUR BUANG TIUB FALLOPIAN DEMI DAPATKAN ZURIAT



"Saya pertama kali dimasukkan ke wad dan buat pembedahan. Selepas doktor buat pemeriksaan telur saya dan Achey tak ada masalah. Kemudian saya buat ujian hysterosalpingogram atau HSG. Selepas doktor buat imbasan untuk melihat keadaan tiub fallopian Tube, doktor mencadangkan untuk buang tiub itu kerana ada masalah tersekat pada tiub.


"Saya relakan sebab dah lama kami menanti mendapatkan cahaya mata," demikian kata isteri pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya, 32, yang menjalani prosedur membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, hari ini.

Nur Hasanah atau mesra disapa Anne terlebih dulu dimasukkan ke wad semalam bagi tujuan pemeriksaan lanjut. Menerusi hantaran video dimuat naik di Instagram, Anne berkata, Achey tidak dapat menemaninya di hospital kerana terbabit dalam program Muzikal Lawak Superstar 3.

Klik untuk gambar besar



"Saya minta maaf kepada semua andai kata saya ada salah dan silap ya. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sedih berpisah dengan suami sebab dia ada Muzikal Lawak Superstar 3 tak dapat temankan saya," tuturnya.

Video yang dikongsikan itu sudah mencecah lebih 90,000 tontonan, lebih 8,000 tanda suka dan lebih 300 komen. Bukan saja pengikut Anne dan peminat Achey, malah rakan selebriti turut mendoakan semoga prosedur dijalankan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Untuk makluman, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: