24 August 2022

"SESIAPA PUN BEBAS NAK MENYANYI" - JAMAL ABDILLAH LETAK SYARAT BERDUET DENGAN ALIFF SYUKRI



Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini ada melahirkan keinginan untuk berduet dengan beberapa penyanyi popular antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Awie, Anuar Zain dan termasuklah Datuk Jamal Abdillah.


Mengulas mengenai keinginan Aliff Syukri tersebut, Jamal menyatakan dia tidak kisah untuk menerima pelawaan berduet dengan usahawan kosmetik itu.

Bukan setakat Aliff Syukri sahaja, malah penyanyi lagenda itu berlapang dada sekiranya mana-mana individu menawarkan diri untuk berduet bersama asalkan mereka dapat memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Saya tak kisah dan sedia terima pelawaan Datuk Seri Aliff Syukri untuk berduet. Namun dia perlu ikut syarat yang ditetapkan. Bukan dia sahaja, malah sesiapa sahaja boleh berduet dengan saya tapi nyanyiannya mesti sepenuh hati selain tidak sumbang. Itu yang paling utama.

Klik untuk gambar besar



"Pada saya, apa yang dibuat ini adalah satu penghormatan, ikut trend semasa dan saya pun kekal relevan untuk bersama-sama berada di persada. Apapun seperti saya katakan, nyanyiannya tak sumbang sampaikan kita sakit telinga, selain orang tak salahkan saya nanti," katanya.

Penyanyi bergelar Raja Pop ini berkata, semua orang tahu Aliff bukan penyanyi dan apa yang dilakukan sebagai strategi promosi bisnesnya. Menurutnya, semua pihak perlu melihat Aliff bukan penyanyi, namun menyanyi sebagai strategi bisnesnya.

"Sekiranya ditakdirkan kami berduet, dia tak perlu pun belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan 'key' suara biar seimbang dengan usahawan terbabit.



"Sebenarnya semua pihak perlu berlapang dada kerana ia hanya sebahagian daripada strategi perniagaan. Kita tak boleh salahkan dia kalau dia berbuat demikian kerana usahawan harus menggunakan pelbagai kaedah untuk melariskan produk.

"Sesiapa pun bebas nak menyanyi. Tiada masalah jika dia menggunakan cara ini untuk perniagaannya," ujar Jamal yang menjadi rakan kongsi bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin bagi produk kecantikan, Zarania Beauty.

Sementara itu, menerusi laman Instagram, Aliff Syukri berkata, dia akan pergi ke kelas vokal untuk mengasah bakatnya yang terpendam. Kata Aliff lagi, dia tidak mahu menghampakan Datuk Jamal Abdillah.

"Doa yang baik-baik InsyaAllah ada rezki saya maklumkan kepada smua.. saya kena prakstise vocal dan kena pergi klass vokal dulu untuk mengasah bakat yang terpendam supaya berjaya tidak menghampakan Dato Jamal nanti biar dunia tahu bakat saya yang sebenarya.. doakan yang terbaik.. biar orang hina kita, kita jangan balas.. biar view youtube yang berkata-kata sendiri..," tulisnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: