24 August 2022

MIZZ NINA MENANGIS KETIKA BERI CERAMAH TENTANG PENCERAIAN - NETIZEN TURUT SEBAK



Umum sedia maklum mengenai berita perpisahan antara pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina yang telah bercerai talak satu. Berita tersebut telah mengejutkan industri hiburan.


Baru-baru ini, tular di laman TikTok video memaparkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina yang dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memberi ceramah tentang hikmah penceraian.

Difahamkan, video tersebut dirakamkan ketika persidangan Spiritual Summit 2022 yang berlangsung 21 Ogos lalu anjuran Safinah Institute. Mizz Nina membuat perkongsian bertajuk 'A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure'.

Video menggunakan audio lagu 'Hijrah Cinta' nyanyian asal Datuk Seri Rossa yang dinyanyikan semula Wany Hasrita itu meraih perhatian ramai hingga tular. Video yang dimuat naik itu sudah mencecah lebih 750,000 tontonan, lebih 79,000 tanda suka dan lebih 2,500 komen serta perkongsian semula.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video dikongsikan, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman gagal menahan air mata yang berlinangan sambil memegang tisu dan berkata Allah SWT tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

"Jadi saya rasa kita perlu tukar mindset dan fikir sesuatu sedang berlaku sama ada kesenangan atau kesusahan," katanya.

Jelasnya lagi, dalam kesenangan kita akan melahirkan rasa syukur dan dalam kesusahan kita akan belajar untuk sabar. Dalam pada itu, Nina turut berkongsi tentang sebuah kisah seorang wanita yang bercerai dengan suaminya dan bagaimana wanita itu melalui proses penceraian.

"Wanita itu berkata 'macam mana saya nak lalui semua ni?' dan dia hanya kembali kepada Allah dan bersyukur kepada Allah. Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. SubahanAllah," tuturnya.



Menurut Nina, mindset itulah yang mengubah segala persepsi dalam apa sahaja ujian yang melanda dan kita perlu faham bahawa pasti ada sesuatu yang berlaku disebaliknya (hikmah).

"Allah akan jawab doa kita dalam tiga cara, samaada Allah akan jadikan ia berlaku, selamatkan kita dari keburukan yang lebih besar, atau Allah akan simpan (menjadikannya pahala) di akhirat kelak," ujarnya.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat buat Mizz Nina.

"Pertama kali tengok dia (Mizz Nina) nangis. Ya Allah hadiahkanlah dia syurga-Mu, amin," antara komen netizen.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: