24 August 2022

"ANDA MEMBENCI PADA PERKARA YANG TIDAK DIKETAHUI" - MIMI FLY GEMBIRA PENGIKUTNYA MULA TERIMA HUBUNGAN CINTANYA



"Saya menerima banyak kasih sayang daripada kalian semua apabila memuat naik gambar kami berdua. Terima kasih kepada yang mendoakan dan kami tersenyum membacanya.


"Anda membenci pada perkara yang tidak diketahui. Kalian semua adalah penyokong bukan pembenci. Anda semua sangat memahami dan saya menghargainya," tulis penyanyi Mimi Fly menerusi laman Instagram mengenai hubungan cintanya dengan lelaki warga Amerika Syarikat iaitu Dr Antonio Rozier dimana pengikutnya yang rata-rata menerima baik hubungannya tersebut.

Tindakan Mimi memuat naik gambar bersama teman lelakinya iaitu Dr Antonio Rozier di Instagram telah menjadi perhatian pengikutnya. Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36, memberitahu dia tersenyum membaca komen-komen positif dan doa daripada pengikutnya di ruangan komen gambar berkenaan.

Bagaimanapun, Mimi tidak menafikan perkongisannya turut mendapat kecaman daripada segelintir pengikutnya namun tetap menghargai komen ditinggalkan mereka. Mimi menyifatkan kebencian yang ditunjukkan adalah disebabkan mereka tidak mengetahui perkara sebenar.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, menerusi perkongsian lain di media sosialnya, Mimi yang kini berada di Amerika banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman di negara tersebut.

Mimi dan Dr Antonio yang merupakan seorang doktor pakar tulang belakang di Amerika mula menjalinkan hubungan serius sejak tiga tahun lalu.

Untuk makluman, Mimi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 sebelum bercerai dua tahun kemudian.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: