24 August 2022

"SAMPAI HATI PANGGIL SAYA HAMLAU" - ALIFF SYUKRI SEDIH, HARAP DATUK AWIE TERBUKA HATI TERIMA KEHADIRANNYA



"Awak saya sedih sgt... Sampai hati dato awie panggil saya hamlau tau... saya dulu kumpul duit tau nak beli kaset Dato Awie... sampai mak saya marah saya kata saya membazir 😅... Kalau Dato Awie keluar tv depan tv saya duduk depan sekali tau... zaman filem sembilu sy penyokong tegar Dato Awie..


"Apa pun saya doakan Dato Awie selalu bahgia dunia dan akhirat dan terbuka hati terima kehadiran saya.. #datoawieidolasy 🤗," demikian kata usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan rasa sedih apabila penyanyi rock tanah air, Datuk Awie berasa kurang senang dengan kehadirannya dalam industri muzik negara.

Dalam satu posting di laman Instagram miliknya, Aliff menyatakan bahawa dia merupakan seorang peminat tegar Datuk Awie. Dia turut menceritakan zaman lalunya di mana dia sanggup mengumpul duit untuk membeli kaset Datuk Awie sehingga dimarahi ibu kerana dianggap membazir.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Aliff juga sangat berharap agar penyanyi lagu 'Sejati' itu dapat menerima kehadirannya di dalam industri muzik dengan hati yang terbuka.

Pada akhir coretannya, dia turut menggunakan tanda pagar #datoawieidolasy bagi menunjukkan bahawa dia masih meminati penyanyi rock tersebut.

Sebelum ini, Datuk Awie pernah meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pengasas kosmetik yang dianggap ‘melacurkan’ serta merosakkan industri muzik tanah air.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: