13 August 2022

"SUAMI TEGUR... MEMANG SALAH SAYA, SESUAILAH KENA KECAM PUN" - CHE TA MENGAKU KHILAF



"Bila baju tu letak pada patung memang lawa, patung pula 20 sen dia punya (bahagian dada), lepastu pakai pada kita. Dekat rumah saya tanya Zain 'sayang okay tak I pakai topi' dia kata okay tapi nampak telinga, telinga kan aurat. Okay saya dah terasa sebab suami saya yang tegur, memang salah saya. Sesuailah saya kena kecam pun," ujar pelakon Rozita Che Wan.


Sebelum ini, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che T, telah menjadi tumpuan orang ramai apabila mengayakan busana serba putih ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kedah 2022 ataupun Kedah Fashion Week 2022 (KFW22).

Namun, rata-rata orang ramai telah menegur persalinan yang dipakai oleh Rozita kerana menganggap ianya tidak sesuai dengan imej bertudung dan terlalu ketat di bahagian dada sehingga menonjolkan 'aset'nya. Selain itu, netizen turut mempertikaikan pemakaian aksesori di kepala yang dipakai oleh Che Ta sehingga menampakkan bahagian telinga.

Klik untuk gambar besar



Che Ta ketika ditanya mengenai hal tersebut itu menjelaskan bahawa dia langsung tidak menyedari perkara itu sehigga melihat sendiri gambar photoshoot di acara tersebut.

Malah, Che Ta mendedahkan bahawa suaminya sendiri iaitu pelakon Zain Saidin turut menegur mengenai pemakaian topi dengan aksesori telinga itu. Dalam pada itu, Che Ta turut mengakui dia sepatutnya lebih berhati-hati dan mengakui kekhilafannya itu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: