13 August 2022

"TIADA DUIT MAKAN, RUMAH TAK DIBAYAR SEWA SELAMA EMPAT BULAN" - HAZAMI DEDAH DUA TAHUN TIADA 'JOB'



Ekoran penularan C0V1D dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2020, telah membuat ramai yang terkesan termasuklah penyanyi Hazami, 47, yang akui dirinya juga terkesan teruk.


Kongsi Hazami, pelbagai kesukaran dilalui hingga terpaksa mengikat perut, sewa rumah tertunggak dan banyak lagi. Menurut Hazami, kesusahan itu membuatkan dia terfikir untuk menjual piano kesayangannya bagi menampung kehidupan.

"Sebenarnya saya juga terkesan dengan pandemik C0V1D. Saya sudah lebih dua tahun tiada 'job' (tawaran nyanyian). Saya tiada duit nak makan, malah rumah saya juga pernah tidak dibayar sewa selama empat bulan. Duit dalam bank tinggal RM200 saja. Ia berlaku pada awal tahun lalu.

"Tapi saya jenis senyap dan tidak bercerita. Saya diamkan saja, dan baru ini saya berkongsi. Saya memang menerima royalti dari penulisan lagu saya, tapi disebabkan pandemik, sistem semuanya terganggu, jadi duit tidak masuk.

"Tapi semuanya sudah okay sejak Januari lalu. Cuba bayangkan saya tiada gaji tetap, jadi bila setiap bulan duit kena keluar, duit simpanan pun boleh habis kerana bukan sekejap kita lalui PKP.

"Adik-beradik banyak membantu. Ketika ujian berlaku, saya tak tahu apa nak buat hingga menelefon semua persatuan seperti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) dan Recording Performers Malaysia (RPM), serta syarikat penerbitan saya, menyatakan saya memerlukan duit.

Klik untuk gambar besar



"Mereka memberikan saya 'advance' atau pendahuluan dan duit itu semua dimasukkan dalam tempoh tak sampai 24 jam. Malah, rakan-rakan dalam industri ramai yang ambil tahu dan membantu seperti Datuk Hattan dan Kak Jee (Fauziah Latiff).

"Sebenarnya saya tak mahu menagih simpati orang. Ketika saya sakit dulu pun, saya diam. Perangai saya memang tak suka susahkan orang. Ketika pandemik, bukan saya seorang saja terkesan, malah satu dunia. Kalau saya fikir saya susah, ada lagi yang lebih susah. Jadi saya terima ujian saya seadanya," katanya.

Terbaharu, Hazami menjadi antara penyanyi legenda yang terbabit dalam program Terpaling Juara bersama Ifa Raziah dan Rahmad Mega serta tiga peserta yang dipilih daripada uji bakat yang diadakan.

Peluang diberikan stesen TV3 menyertai program baharu itu disifatkan Hazami umpama bulan jatuh ke riba selepas berdepan keperitan hidup ketika era pandemik.

Bersyukur atas rezeki tidak diduga, Hazami terharu dan menganggapnya sebagai peluang besar untuk kembali menonjolkan diri selepas 22 tahun membina nama dalam industri muzik.


"Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan. Saya tahu pasti ada yang menganggap tak habis-habis muka Hazami, namun di sebaliknya, orang tak tahu bagaimana saya bersyukur dengan peluang ini. Anda ingat senang dipilih berentap dengan dua penyanyi berpengalaman seperti Ifa Raziah dan Rahmad Mega. Memang bukan perkara mudah," tutur

Dalam pada itu, Hazami atau nama sebenarnya, Norkamal Hazami Ahmad berkata, dia menerima royalti menerusi hasil karya yang dihasilkan, namun bayaran tersekat disebabkan era pandemik.

"Saya diberitahu sistem terganggu, jadi, duit tak masuk. Namun, sekarang sudah okay. Cuba bayangkan, saya tiada gaji tetap, tetapi duit perlu keluar, setiap bulan. Sudah tentu duit simpanan habis kerana fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sekejap," katanya.

Penyanyi kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia tidak mahu menagih simpati orang: "Ketika sakit dahulu pun saya mendiamkan diri. Perangai saya memang tidak suka menyusahkan orang lain.

"Saya tahu bukan saya seorang sahaja, malah satu dunia terkesan ketika era pandemik. Kalau saya fikir susah, ada lagi orang yang lebih susah. Jadi, saya terima ujian ini dengan berlapang dada," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: