"Nak nyanyi pun bising... bukan kita peluk cium dia pun.. padahal korang layan cerita peluk-peluk.. pegang-pegang... cium-cium 😁🤭. Nantikan Baby Sayang @aliffsyukriterlajaklaris #babyshima #aliffsyukri #babysayang," itulah tulis penyanyi Baby Shima menerusi laman Instagram miliknya.
Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 29, mendedahkan dia tidak melakukan apa-apa babak yang tidak baik bersama rakan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi single baharu mereka, 'Baby Sayang' yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Katanya, dia tidak 'peluk cium' usahawan terbabit, sebaliknya hanya berpadu suara. Menerusi hantaran tersebut, Baby Shima dan Aliff Syukri mengenakan persalinan baju sekolah.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Aliff menerusi platform sama memuat naik klip pendek mereka berdua yang sedang menyanyi lagu terbaru mereka. Bagaimanapun, ia menerima kritikan susulan pemakaian serta 'goyang' Shima yang didakwa 'daring' oleh segelintir netizen.
Hasil tinjauan, hantaran berkenaan dipercayai sudah pun dipadamkan Aliff Syukri. Menerusi media, Shima akui dia tidak mampu untuk mengawal reaksi pelbagai yang ditinggalkan netizen netizen di media sosial.
________________________

No comments:
Post a Comment