13 August 2022

SOAL ANAK - INDAH RUHAILA TAK TERTEKAN, AKUR REZEKI BELUM KESAMPAIAN



"Sebenarnya saya nak sangat anak, cuma belum ada rezeki Allah beri kepada saya dan suami selepas lima tahun berkahwin. Hal pasal zuriat ini, bila orang tanya macam senang saja. Tapi bila saya duduk sendirian, saya terfikir memang susah sebenarnya.


"Saya terfikir kalau tiada anak, siapa jaga saya bila tua nanti? Tapi saya tak nak fikir yang tak baik sebab Allah lebih tahu masa tepat untuk beri cahaya mata kepada saya," tutur penyanyi Indah Ruhaila, 35, yang tidak menafikan terlalu berfikir mengenai zuriat apabila bersendirian kerana kerap diajukan soalan berkenaan perkara itu.

Sejak berkahwin pada 24 Disember 2017, Indah dan suaminya Ahmad Shariff Ahmad Taufiq, 41, memang teringin sangat menimang cahaya mata, namun akur rezeki mereka belum kesampaian.

Klik untuk gambar besar



Menurut Indah, ramai saja di luar sana berdepan perkara sama. Ada yang melakukan kaedah rawatan persenyawaan in vitro (IVF) tetapi masih belum memperoleh cahaya mata.

"Saya enggan menekan diri. Kalau orang tanya, saya akan cakap tak nak tekan diri sendiri, suami pun tak tertekan. Tak apa sudah sampai masa nanti akan dapat.

"Masih awal lagi untuk saya buat rawatan sebab baru lima tahun kan. Saya masih lagi mencuba cara semula jadi. Saya pun bukannya tua sangat," katanya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: