20 August 2022

VIDA SANGKAL DAKWAAN PEROSAK INDUSTRI MUZIK: "KATALAH APA-APA SAYA TAK TERASA, MEMANG SUARA SAYA SEDAP"



"Masuk bakul angkat sendiri. Biasalah orang-orang kayangan kat Malaysia puji diri sendiri. Bila netizen tegur salah netizen pula nanti,"

"Cakaplah apa kat depa pun depa takkan terima realiti. Orang banyak duit ini semua benda betoi dan elok yang depa buat dan ada walaupun sebaliknya."


"Tahniah la kat 'followers' yang sentiasa 'support' golongan camni supaya depa lagi bertambah bangga pada diri."

"Haram tak sedap suara awak Vida," tulis pula Shahnaz Nadia Rakhmat," demikian komen-komen netizen dimana didapati tiada satu pun yang menyebelahi usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang tampil dengan single berjudul 'Ku Ikhlaskan' ini.

Vida menerima kecaman teruk itu selepas dia tampil dengan kenyataan suaranya sedap dan boleh menyanyi dengan baik. Vida menerusi satu video bersama Ahmad Iqbal Zulkefli turut menyangkal dakwaan mengatakan bahawa pengasas produk kecantikan adalah perosak industri muzik tanah air.

Klik untuk gambar besar



Vida dalam video itu turut mengakui tidak terasa dengan kutukan dan kecaman yang dilemparkan terhadapnya oleh masyarakat.

"Suara saya sedap. Katalah apa-apa saya tak terasa. Memang suara saya sedap," katanya.

Dalam masa sama, Vida turut mempertikaikan kredibiliti penyanyi sebenar yang dikatakan memperbaiki bakat menerusi lagu-lagu seterusnya.

"Penyanyi dulu pun memang bukan bersuara sedap. Menyanyi satu, dua lagu kemudian dia menjadi bertambah baik. Saya juga begitu," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: