20 August 2022

KEKOK SEBUT BEKAS ISTERI - AFDLIN SHAUKI AKUI TAK PERNAH TUTUP PINTU HATI UNTUK KEMBALI RUJUK



"Saya tidak pernah tutup hati untuk kami kembali bersama namun saya serahkan semuanya kepada jodoh dan kuasa Allah. Selepas bercerai, kami tidak pernah berbincang tentang hal tersebut dan membiarkan keputusan yang dibuat sebelum ini.


"Sebelum lafaz talak di mahkamah, kami berpegangan tangan dan memohon maaf. Kami berpelukan buat kali terakhir sebelum melafazkan cerai," itulah tutur pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki.

Kata Afdlin, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali rujuk dengan bekas isteri, iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah namun menyerahkan kepada takdir. Terdahulu, bekas isteri Afdlin mendedahkan mereka sudah bercerai sejak April lalu, selepas 25 tahun mendirikan rumah tanga.

Masih bekerjasama dalam berkarya, Afdlin berkata ia bukan satu masalah kerana dia dan bekas isteri sudah lama bersahabat baik. Namun, Afdlin mengakui kekok untuk menyebut bekas isteri apatah lagi sudah lama mendirikan rumah tangga.

"Sebenarnya rasa pelik apabila sebut dia sebagai bekas isteri. Kami sudah berkawan lama dan akan terus kekal begitu. Dia adalah sahabat dan pasangan dalam kerja penulisan.

Klik untuk gambar besar



"Tak pernah rasa kekok untuk bekerjasama walaupun sudah bercerai malah kami sambut raya bersama meskipun sudah bercerai. Kami masih berkawan, cuma bezanya sekarang tidak lagi tidur sekatil," ujarnya.

Dalam pada itu, Afdlin menjelaskan, perasaan paranoid sepanjang pandemik antara sebab hubungan antara mereka mula renggang. Ujanrya, anak-anak menerima baik perpisahan tersebut.

"Ketika tempoh pandemik sebelum ini keluarga saya jadi terlalu paranoid kerana saya sering kerja di luar sedangkan mereka tidak keluar rumah. Saya sendiri tidak akan pulang ke rumah selepas kerja jika ada masalah selesema. Itu antara faktor yang menganggu keluarga kami.

"Anak-anak merima baik perpisahan ini. Kami duduk bersama di bulan Ramadan untuk berbincang. Mereka memahami jika ini adalah keputusan yang membuatkan kami gembira," katanya.

Untuk makluman, Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mia Sara, Anaias dan Ileana Matin.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: