20 August 2022

TAK MAHU MENANGIS LAGI - MAK WAN LATAH DAPAT TAJAAN TUNAI UMRAH KALI KETIGA BULAN DEPAN



Pelakon Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud, 61, memberitahu dia tidak akan menangis lagi kerana dia akan membawa semua kenangan-kenangan ini bersamanya.


"Allah bagi kita rezeki dan takdir itu daripada Dia. Usaha dan doa daripada kita dan milik kita. Dari mana-mana sumber kita akan dapat rezeki kalau kita ikhlas menerima dugaan Allah.

"Insya-Allah bulan depan saya akan menunaikan umrah buat kali ketiga. Ada individu yang minat menaja saya ke sana. Dia pernah mengalami apa yang saya alami dan dia sangat bersimpati dengan nasib saya. Dia pun pernah keluarkan buku dan kini bergelar seorang usahawan berjaya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Selain itu, Mak Wan berkata dia akan menunaikan umrah buat kali ketiga bulan depan selepas ada individu yang mengalami nasib sama sepertinya tampil mahu menajanya. Menurut Mak Wan, semasa di Makkah, dia akan mendoakan agar individu ini sentiasa dimurahkan rezeki.

"Saya doakan semoga Allah memberikan rezeki seluas-luasnya buat dia. Dia pernah dihina, difitnah dan pernah jadi gelandangan suatu masa dulu. Saya baru sahaja dia ketika menjayakan teater Dara & Makcik Bawang di Melaka baru-baru ini.

"Dia dapat nombor telefon saya pun dari Fauziah Ahmad Daud. Syukur sangat-sangat kerana rupanya ada lagi insan yang memahami dan menyayangi saya. Macam mana saya pernah dihina dan difitnah tapi masih ada lagi insan yang masih bersama dengan saya," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: