20 August 2022

PARU-PARU ADA PARUT SELEPAS DUA KALI DIJANGKITI C0V1D - NABILA HUDA REDA, DOA DIJAUHI SAKIT SERIUS



Selepas dua kali dijangkiti C0V1D sebelum ini, pelakon dan pengacara, Nabila Huda mendedahkan paru-parunya mengalami parut. Nabila berkata, walaupun doktor memaklumkan tiada masalah atau komplikasi serius, namun perkara itu amat membimbangkannya.


"Paru-paru ada parut disebabkan C0V1D. Tapi tak besar, kecil saja di bahagian atas. Doktor cakap tiada apa-apa, tapi bila organ kita dah cacat sedikit, saya jadi risau sebab dah tak sempurna macam dulu.

"Lagipun organ kita dijadikan sempurna, tapi kalau dah kacau sikit mungkin boleh pergi ke arah penyakit lain. Itu yang saya fikir. Tapi tidaklah terlalu risau. Reda dan teruskan hidup macam biasa.

"Katanya tiada apa yang boleh kembalikan dan menjadi sempurna seperti dulu. Parut itu kekal ada di situ," tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Klik untuk gambar besar



Menurut Nabila, dia ambil serius perkara membabitkan kesihatan dan kerap memikirkan risiko yang bakal terjadi kepadanya.

"Saya kalau benda macam kena-mengena dengan dalaman ini saya sangat risau. Sebagai contoh, kita potong usus atau apa saja, saya selalu terbayang jika saiz itu diubah dan itulah kejadian asalnya, apa kesan yang bakal berlaku apabila sudah tua nanti.

"Perkara itu pun saya dah berfikir jauh, inikan paru-paru ada parut. Tapi apapun saya reda sebab dah tertulis perjalanan hidup kita begini. Sakit itu pasti akan datang. Tapi berdoalah kita dijauhi sakit yang kita tak boleh nak kawal.

"Namun, perkara yang paling menarik selain terdapat parut di paru-paru yang buat saya risau, doktor maklumkan anggota dalaman lain seperti buah pinggang, hati, jantung, darah dan kolestrol semuanya 'cantik'," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: