01 September 2022

AINA ABDUL TERTEKAN DIKECAM GARA-GARA SOKONG BUSANA KEL WEN: "ORANG PERSOAL AGAMA SAYA"



Ketika acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), seorang pereka fesyen yang dikenali sebagai Kel Wen dilihat mengenakan songkok dan sampin tetapi dalam keadaan separuh bogel. Tindakannya itu telah menerima kecaman netizen yang mendakwa pereka tersebut telah mencabul pakaian kebangsaan.


Bukan itu sahaja, penyanyi Aina Abdul turut menerima tempias isu tersebut selepas didakwa menyokong pereka fesyen berkenaan. Menurut sumber, penyanyi itu menutup telefon bimbitnya daripada menerima notifikasi laman sosial kerana tidak sanggup membaca atau melihat komen negatif dari netizen.

Lebih teruk lagi, pelantun lagu 'Sepi' itu turut menyatakan bahawa ramai yang mempersoalkan status agama dan kepercayaannya hanya kerana dia meninggalkan tanda suka di Instagram Kel Wen berkaitan pakaian kontroversi itu.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya semenjak saya muncul memakai baju busana Behati hari itu saya tiada bagi sebarang komen kerana amat takut hendak membuka telefon…Sebab hampir setiap hari saya terima komen negatif dan kecaman yang teruk.

"Orang terlalu marah sehingga mempersoalkan agama dan kepercayaan saya. Mereka tuduh dan cakap saya tak tahu agama dan sebagainya. Ia benar-benar menyedihkan saya," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: