01 September 2022

TULAR FOTO PERCUTIAN - NETIZEN TERKEJUT DENGEN PENAMPILAN SEKSI EYKA FARHANA



Sebuah hantaran video memaparkan beberapa keping gambar sekitar percutian pelakon sensasi, Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, telah telah viral di aplikasi TikTok, baru-baru ini.


Menerusi gambar tersebut, Eyka dilihat memakai dress berwarna biru yang mendedahkan sebahagian dadanya sehingga mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Difahamkan, gambar tersebut adalah gambar lama ketika pelakon itu bercuti di Thailand bersama rakan artis yang lain sebelum menjadi tular di media sosial.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya terkejut melihat penampilan seksi Eyka.

Namun, ada juga segelintir netizen yang mengatakan perkara itu sudah menjadi kebiasaan gara-gara pelakon itu juga sering memakai pakaian yang mencolok mata.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: