08 September 2022

AKIBAT PARU-PARU BERAIR - M DAUD KILAU KINI KRITIKAL



"Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Dato (Md Daud Kilau) kritikal (paru paru berair) pada 2 pagi. Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (Bantuan Pernafasan Kecemasan) dan memasukkan tiub bagi membantu pernafasannya apabila jantungnya terhenti.


"(Ayah) masih memerlukan bantuan pernafasan (dan dalam keadaan) separuh sedar tapi masih kritikal," itulah kata anak kepada Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 84, iaitu Ahmad Zaini, 51, yang memaklumkan keadaan bapanya itu ketika dihubungi.

Difahamkan, Datuk M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, selepas mengadu sesak nafas tengah malam tadi. Jelas Ahmad Zaini lagi, bapanya dibawa ke HTI pada 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya dalam keadaan kritikal dan mempunyai masalah paru-paru berair.

Menurutnya, bapanya kini dalam pemantauan doktor dan memerlukan bantuan pernafasan. Penyanyi lagu malar segar, 'Sirih Pinang' dan 'Cek Mek Molek' itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: