08 September 2022

BAPA DIREMAN - PUTERI BALQIS & IBU JUMPA PAKAR PSIKIATRI BERSAMA POLIS, SEBELUM DISAHKAN HIDAP PTSD



Susulan laporan polis dibuat Puteri Balqis, bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan itu ditahan polis kelmarin membabitkan kes serangan seksual, pengabaian dan memiliki bahan lucah.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Kedah, 2.25 petang semalam. Polis berkata pihaknya turut merampas telefon bimbit dari suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

"Saringan ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Suspek dibawa ke Majistret Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman sebelum reman dibenarkan sehingga 12 September ini.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai pendedahan oleh pelakon berusia 15 tahun itu yang berkongsikan sikap buruk bapanya serta mendakwa di raba oleh bapanya.

Sementara itu, Puteri Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam selepas membuatkan pendedahan itu, .

Kedua mereka bermalam di wad hospital berkenenaan dan disahkan menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma atau (PTSD). Menurut sumber, Balqis dan ibunya ke hospital bersama pihak polis pemeriksaan dilakukan bagi membuktikan dakwaan Balqis.

"Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam Aqish (Puteri Balqis) dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakar psikiatri. Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.

"Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis," kata sumber.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: