"Banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan apatah lagi GV sudah memasuki musim kesembilan jadi kita tidak boleh terlalu statik dengan format sebelum ini. Penambahbaikan perlu dilakukan supaya program ini dapat kekal sebagai rancangan hiburan nombor satu di Malaysia," kata Naib presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad yang menjelaskan ianya sebagai langkah baru daripada konsep asal Gegar Vaganza.
Nampaknya Gegar Vaganza kembali lagi dengan musim baru iaitu yang ke-9 dengan menampilkan seramai 13 penyanyi hebat sebagai peserta bagi merebut gelaran juara.
Musim ini juga menyaksikan kelainan apabila ramai penyanyi popular dan masih aktif yang akan bertanding sekaligus menimbulkan tanda tanya penonton mengenai konsep program tersebut.
Menerusi portal mStar, Naib presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan ianya sebagai langkah baru daripada konsep asal program berkenaan.
Menurutnya lagi, penambahbaikan perlu dilakukan untuk memastikan program realiti itu terus menjadi rancangan terbaik. Jelasnya lagi, pihaknya juga mengambil maklum balas penonton selepas penyertaan Allahyarham Adibah Noor yang ketika itu masih aktif.
"Kemunculan arwah dalam GV mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada penonton. Jadi tahun ini kami membawa masuk bintang masih aktif," ujarnya.
________________________
No comments:
Post a Comment