08 September 2022

KINI SEDANG KUMPUL DUIT - AZRI ISKANDAR BAKAL BERKAHWIN DENGAN AZRA HUJUNG TAHUN INI



"Sekarang, saya tengah kumpul duit kahwin... masih belum cukup. Cinta saya pada Ara," demikian ujar pelakon Azri Iskandar yang memaklumkan dia kini sedang sibuk mengumpul duit memandangkan ianya masih belum mencukupi untuk dia dan kekasihnya, Dr Azra Diera disatukan pada hujung tahun ini.


Meskipun Azri mengesahkan dia dan kekasihnya sudah bertunang pada Jun lalu itu, namun hubungan cinta mereka masih lagi misteri dan menjadi tanda tanya apatah lagi tidak pernah mendedahkan wajah wanita itu kepada umum.

Jelas Azri lagi, cinta mereka tetap utuh meskipun bermacam spekulasi timbul. Azri juga akui, kecaman dan spekulasi daripada netizen mengenai hubungan cinta mereka telah membuatkan ibu kepada bakal isterinya pernah dimasukkan ke hospital.

"Hubungan saya dan Ara okey saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama... tak ada yang berubah walaupun dihina haters. Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami untuk bernikah dan hidup bersama.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah dewasa, dah lama dalam industri ini. Jadi, saya tak goyang dengan kata-kata orang lain. InsyaAllah, hujung tahun ini kami akan disatukan. Sehingga kini, Ara masih fobia dengan insiden ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kecam saya... nak kahwin pun kena kecam," katanya.

Terdahulu, tular mengenai dakwaan bahawa Azri sudah bertunang dengan kekasihnya Azra di Kangar, Perlis yang juga penulis skrip pada 29 Jun lalu. Dalam pada itu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Azra.

Untuk makluman, Azri dan pelakon Ellie Suriaty disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu. Hasil perkahwinan selama 19 tahun, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: