13 September 2022

AKSI YUNA PELUK MESRA DENGAN AFGAN TERIMA TEGURAN - DIMINTA JAGA BATAS



Penyanyi Afgan menerusi Insta Story miliknya baru-baru ini telah berkongsi video dia bertemu dengan penyanyi Yuna ketika hadir di New York Fashion Week (NYFW), sehingga menjadi perhatian ramai.


Namun, apa yang mengejutkan netizen menerusi video itu, kedua-dua penyanyi itu dilihat berpelukan mesra selepas saling menyapa. Seperti sudah dijangka, tindakan Yuna membuatkan ramai netizen terkejut serta menerima kritikan di laman Twitter.

Ada yang menegur penyanyi lagu 'Crush' itu supaya menjaga batas apatah lagi statusnya kini sebagai seorang isteri.

Dalam pada itu, menerusi TikTok pula, ada netizen mempersoalkan penampilan Yuna yang memakai tudung tetapi menampakkan leher. Malah, ada beberapa netizen bertanyakan adakah benar individu itu Yuna kerana seolah tidak percaya.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: