14 September 2022

AL-FATIHAH - AMAN SHAH DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada keluarga penyanyi dan pelakon Aman Shah Abu Kassim atas pemergiannya yang meninggal dunia akibat masalah jantung, pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.


Berita sedih ini dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni antaranya komposer Fauzi Marzuki dan pelakon Anne Abdullah di media sosial Facebook masing-masing.

Anne memberitahu, Allahyarham berada dalam keadaan kritikal pagi tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas Zohor hari ini. Sementara itu, pelakon Lizawati Hamdan ketika dihubungi turut mengesahkan perkara terbabit.

"Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung," tuturnya.

Aman amat diingati peminat dengan lagunya 'Kepulangan Yang Dinanti' yang sering dimainkan semasa ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: