28 September 2022

BABY SHIMA: "SAYA OKEY TERIMA TEGURAN, TAPI JANGAN PILIH KASIH... KALAU TEGUR BIAR MENYELURUH"



"Saya macam terperasan, apabila ada cerita membabitkan saya cepat sangat yang muncul menegur dengan pelbagai hujah dikeluarkan. Tapi, apabila isu membabitkan pihak yang rapat dan saling mereka kenali, diam pula tak bersuara langsung.


"Saya tetap okey saja menerima teguran termasuk pelbagai komen-komen negatif sehingga ada yang labelkan saya ahli neraka, pembawa malang dan sebagainya. Tapi, jangan pilih kasih.

"Kalau tegur biar menyeluruh dan tidak tertumpu pada seseorang itu saja," kata penyanyi sensasi, Baby Shima yang menyarankan kepada mana-mana pihak dan individu yang ingin memberi teguran atau komen agar berhemah dengan menggunakan perkataan yang tepat serta tidak memilih golongan tertentu saja.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, berkata sebagai individu yang sering mendapat teguran dan komen pedas daripada mereka yang berilmu tinggi, baginya lebih baik komen atau teguran itu dibuat secara menyeluruh.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Baby Shima juga memuat naik video yang memaparkan komen seorang netizen yang mempersoalkan tindakannya membuang komen yang ditinggalkannya disebabkan 'koyak' dengan teguran itu.

Dengan kapsyen ditulis, 'Ayoooo tak tau... Pemegang kunci pintu syurga dan neraka dah komen', Baby Shima berkata, dia membuang komen itu kerana berasakan ia tidak diperlukan dalam ruangan komennya.

"Kita 'delete' (buang) dulu komen awak, bukan apa sebab ruangan komen kita tidak perlukan awak," ujarnya.

Menerusi di ruangan komen, mendapati ramai juga netizen bersimpati dengan Baby Shima apabila dia dikatakan wanita pembawa malang dan terus 'dihukum' masuk ke neraka buat selama-lamanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: