28 September 2022

TAKZIAH- BAPA PENGARAH MUZIK RTM, DATUK MOKHZANI ISMAIL DIJEMPUT ILAHI



"Dukacita dimaklumkan bapa saya Cikgu Ismail Ariffin telah kembali kerahmatullah subuh pagi tadi. Semoga roh Allahyarham Ayahanda saya ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh."


Tutur Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail yang memaklumkan bapanya, Ismail Ariffin, 92, telah meninggal dunia dalam tidur, awal pagi hari ini akibat sakit tua.

"Saya tak sempat berada di sisi arwah dan mendapat berita itu pagi ini. Saya sudah bertolak dari Kuala Lumpur untuk bersama ayah. Jenazah dikebumikan selepas Asar hari ini." katanya.

Klik untuk gambar besar



Mokhzani ketika dihubungi berkata, bapanya yang juga pesara guru besar itu tidak mengalami apa-apa penyakit serius kecuali uzur sejak kebelakangan ini.

Selain Mokhzani, Allahyarham meninggalkan seorang lagi anak iaitu Yazid yang kini tinggal di Sibu, Sarawak. Isteri Allahyarham iaitu Latifah Yusof meninggal dunia sembilan tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: