28 September 2022

EYKA FARHANA DIPELUK KEKASIH BUAT NETIZEN 'PATAH HATI'



Pelakon Eyka Farhana sering kali menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini dek kerana penampilan yang agak seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.


Terbaru, Eyka menerusi aplikasi TikTok telah memuat naik video dimana pelakon itu membuat konten yang sedang trending buat masa kini di sebuah restoran.

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila kelihatan tangan seorang lelaki sedang merangkul badan Eyka dipercayai kekasihnya seorang pemain bola sepak kebanggsaan iaitu Akhyar Rashid.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama peminat lelaki yang kecewa dan patah hati melihat aksi mesra pelakon itu bersama kekasihnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen dapat meneka siapa pemilik tangan tersebut meskipun tidak didedahkan wajahnya dalam video berkenaan.

Umum mengetahui, hubungan Eyka dengan Akhyar bukan lagi rahsia, bagaimanapun pelakon berkata dia tidak mahu lagi berkongsikan mengenai kekasihnya di media sosial.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: